Bantah Bersih 3.0 Tunku_Abdul_Aziz_Ibrahim

Tunku Abdul Aziz tidak bersetuju dengan pendirian parti DAP menyokong Perhimpunan Bersih 2012 yang disertai kira-kira 30,000 yang turun membanjiri ibunegara pada 28 April 2012 bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil - yang turut menyaksikan pertembungan antara peserta dan pihak polis.

Pendirian beliau, kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka?.Beliau menolak mana-mana pihak yang melakukan perkara menjurus kepada pelanggaran undang-undang. BERSIH 3.0 tidak wajar diadakan di Dataran Merdeka kerana ia mengajak rakyat melanggar undang-undang. Keselamatan peserta yang hadir pada himpunan itu juga tidak terjamin. Penganjur perhimpunan seharusnya menerima pelawaan oleh pihak berkuasa untuk mengadakan himpunan tersebut di tempat yang lebih selamat seperti di Stadium Merdeka atau di Stadium Bukit Jalil.DBKL sudah tidak membenarkan.Akhirnya yang akan dipersalahkan ialah pihak berkuasa. Ini tidak adil.

Ada saluran alternatif yang boleh digunakan seperti di Parlimen. Tetapi jangan melanggar undang-undang.[5]

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng secara terbuka membidas Tunku Aziz, dengan berkata bahawa kenyataan naib presiden DAP itu telah meletakkan parti itu dalam "kedudukan yang memalukan" sedang parti itu menyokong BERSIH yang menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.Dalam perkembangan lain, senator bekas setiausaha PKR negeri dan pengarah pilihan raya negeri, Mustafa Kamal Mohd Yusoff, juga tidak akan diperbaharui. Dr Ariffin S.M Omar dari UPNM dan Syed Shahir Syed Mohamud aktivis Kesatuan Sekerja MTUC akan menggantikan Tunku Abdul Aziz sebagai anggota Dewan Negara. [6]

Tindakan DAP itu dianggap berlawanan dengan demokrasi, perbezaan pendapat yang selalu diwar-warkan. Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Setiausaha agung Pemuda MCA Datuk Chai Kim Sen mempersoalkan kekebasan bersuara dalam parti DAP itu. Jika anggota parti tidak dibenarkan menyatakan kebenaran dalam parti, bagaimana anda hendak harapkan mereka bercakap jujur di khalayak. Pengerusi Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Senator Chiew Lian Keng menyifatkan tindakan DAP serupa dengan Adolf Hitler, yang cuba menyekat semua bentuk pandangan berbeza dalam parti. [7]